Bulan Ramadan Datang Lagi ~~~





assalamualaikum..aiii u'all.dh lama ak x update blog ni...b'serabut sgguh...sbb dah lama x update la ak rse ak dh x tau nk guna application yg ada dalam blog ni...hahhaah mkin canggih dan makin baru so ak kne cek satu-satu dulu sebelum publish sesuatu. kbtln sekarang ni dah masuk bulan ramadan kan? mcm mana dengan korang punya pose baik2 je? jgn ponteng2 ek...heee time2 mcm ni la kita nk kumpul segala amalan kita.....tgglkan yg x baik n jangan lupa b'buat baik...sama-sama la kita berebut m'cari k'nikmatan bulan ramadan yang hanya akan kita lalui setahun skali ni.... nk story2 sket tahun ni ak b'puasa dirumah saja..tidak lagi di universiti...mcm2 mknn bley dimkn...hohohoh...mkin gemuk la mkn je duk umah kan.,,kalau duduk U cnfrm jd kurus kering sahur ari2 mkn biskut n maggi je...sodih... sob...sob...b'puasa di perantauan mcm 2 la....bahagia rasanya "HOME SWEET HOME"... (^-^)v
apa2 pon ak nk ucapkan selamat b'puasa dan selamat b'tarawih kepada u'alls smua walau pon dh t'lewat tp nk wish jugak..huhu pejam celik dh 17 hari kita b'puasa...alhamdulillah
thanks 
papai..
salam..
(^_*)v


like sangat-sangat

kelebihan orang menangis~~







,,,


 huaaaa dh lama den x bkk blog ni..b'sawang sdh....
bz la ktekan...thn2 akhirnya...m'nikmati sesi p'belajaran dgn k'stressan...hohohhoh
windu nk b'blogging...
windu nk b'blogwalking....
windu smuanyer
hehehe...
btw,dkt cni ak nk b'kongsi sket b'kenaan kelebihan2 m'nangis....
enjoy ur reading..(^_^)


1. Membantu penglihatan Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
 
4. Mengeluarkan racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stress Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun komuniti Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.
7. Melegakan perasaan Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.



like sangat-sangat

senyum tak perlu kata apa-apa


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui
3. sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

4. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
5. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
6. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
7. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


like sangat-sangat

10 hadiah yang simple tp b'makna


assalamualaikum....
hallu t0 all blogger....
entry ak arini nk share sket b'kenaan hadiah paling simple tp sgt2 m'dlm mksd nyer...
hadiah2 ni sesuai di berikan pada sesiapa yg kte kasihi spt ibu,ayah,suami,isteri,saudara mara dan juga ank....
selamat m'bc~~~~

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan korang hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana korang hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri korang.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang kita puji.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, korang masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.



like sangat-sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011-2012@ ANNIE MOHAMAD